CALL US : 013-265 6000 (EN IZWAN)

Breaking

Friday, July 27, 2018

Adakah anda tahu bahawa DB (Distribution Board/Papan Agihan) juga perlu diservis setiap 5 tahun sekali???

DB juga perlu diservis???

Setiap kali apabila saya utarakan soalan ini kepada client saya boleh kata semua tidak tahu kepentingan untuk membuat servis pada DB di rumah kita.

Sama seperti kereta yang kita sayang, pasti sekurang-kurangnya setahun sekali kita akan hantar ke bengkel untuk servis kan. Tetapi mengapa DB yang merupakan komponen utama elektrik bagi pengagihan kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi /penggunaan tidak dititik berat!


kenapa perlu servis DB?

  • Pengujian Earth leakage circuit breaker (ELCB) yang berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas sama ada masih berfungsi secara baik.
  • Pemeriksaan sekiranya terdapatnya kabel yang longgar.
  • Pemeriksaan fius sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di rumah.  Ini penting kerana sekiranya berlakunya overload pada litar, letupan/kebakaran dll boleh berlaku.  Kes ini terjadi apabila beban elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load/beban pada litar elektrik di rumah.

    Gambar kejadian kebakaran disebabkan kerosakkan pada DB di rumah client saya. Alhamdulillah mujur tiada kemalangan nyawa.
    • Periksa sama ada kabel masuk daripada incoming TNB mencukupi atau tidak. Mungkin terdapat beban lebih daripada pendawaian lama pada db yg membawa risiko terbakar.
    • Pemeriksaan Wiring dalam DB sama ada tidak mengikut spesifikasi - ini sering kali terjadi.  Saya boleh katakan ia berpunca dari kelalaian atau hasil kerja mereka yang tidak bertauliah dan tiada sijil kekompetenan yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga. Perkara ini sangat bahaya kerana boleh menjadi punca kebakaran rumah tanpa amaran.



    Harga bagi perkhidmatan servis DB hanya RM80.00 bagi kawasan sekitar bangi/kajang/putrajaya.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya seperti nombor dibawah.

    En. Izwan : 013 - 265 6000 

    atau 

    017-531 0966 (WhatsApp)


    1 comment:

    1. Assalamualaikum tuan. Saya percaya db perlu di servis untuk mengelakkan berlaku litar pintas. Ada tak sumber rujukan yang mengatakan db perlu di servis beberapa tahun sekali.

      ReplyDelete