CALL US : 013-265 6000 (EN IZWAN)

Breaking

Monday, September 24, 2018

RUMAH ANDA SELALU TRIP ATAU TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK BILA KILAT ATAU PETIR MENYAMBAR??

Adakah rumah tuan/puan semua selalu trip atau terputus bekalan elektrik apabila kilat atau petir menyambar semasa hujan?

Jika ya, mohon untuk baca penjelasan selanjutnya dibawah. Tapi sebelum itu saya akan terangkan terlebih dahulu berkenaan ELCB (EARTH LEAKAGE CIRCUIT BREAKER).

Apakah Fungsi ELCB?? :-

1) Akan automatik jatuh atau trip bila berlakunya beban lampau (overload).
2) Litar pintas antara "LIVE" dengan EARTH"

Jadi sekiranya rumah anda selalu berlaku trip atau terputus bekalan elektrik semasa kilat/guruh berdentum semasa hujan itu maksudnya sistem pembumian rumah anda telah rosak ataupun rintangannya terlalu tinggi.

Apa Cara penyelesaian??

Buat sistem pembumian semula yang lebih elok untuk mengatasi masalah trip atau terputus bekalan elektrik yang kerap berlaku. 

Macam mana pula hendak check sama ada ELCB dirumah kita tu masih berfungsi dengan baik??

Baik sekarang saya akan ajar anda macam mana hendak periksa sendiri  ELCB dirumah. Caranya adalah dengan menekan button test seperti gambar yang bertanda kuning dibawah ini:- 


Apabila anda tekan button test ini, bekalan elektrik akan terputus dan suis ELCB yang berwarna biru akan automatik turun kebawah/OFF. Kemudian untuk hidupkan semula bekalan elektrik, anda hanya perlu naikkan semula Suis ELCB seperti sebelum anda tekan.

Selain itu, pada  ELCB itu juga terdapat perkataan PUSH MONTHLY dimana kita seharusnya perlu periksa sama ada ELCB tersebut berfungsi atau tidak pada setiap bulan. Jika hendak lebih selamat, boleh hubungi pihak kami untuk servis DB sebagai langkah-langkah keselamatan dan elak dari kemalangan atau kebakaran.

Baiklah setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya - IZWAN 013-265 6000.
-----------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.


Hubungi : En Izwan (013-265 6000)






9 comments:

  1. Bagaimana dengan fius elcb rumah Saya bukan trip tapi ianya padam tiba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin fius d main suis@ cut out dah blow..

      Delete
  2. nak tanya kalau body besi tv atau sebarang perkakasan letrik ada current apa masalah nya.tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saya nak bantuan tiba tiba lampu rumah saya terpadam sbb kena panahan petir

    ReplyDelete
  4. TQVM En. Izwan.. banyak info yg sy dpt dari Encik... Alhamdulillah 5⭐️ utk Encik. Reply Whatsapp n call pun pantas👍🏻

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum en Izwan nk tanya , bila waktu kilat atau petir mesti Trip, tak kuat mana pun bunyi petir tu. Kentut lagi kuat, serius lah bagitau ni, dan satu lagi soalan rumah biasa pakai 40A ke 63A , sekarang rumah sewa ni pakai 63A , sesuai tak? ��

    ReplyDelete