CALL US : 013-265 6000 (EN IZWAN)

Breaking

Monday, September 3, 2018

Pemeriksaan wajib pendawaian elektrik setiap 10 tahun - Bharian (28 November 2017)


PETALING JAYA: Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.

Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

"Sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku," katanya pada perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics di sini, pada Isnin.

Peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya membabitkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee, berkata kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik.

Chew berkata, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan 'charger' telefon amat membimbangkan dan kerana mudah berlaku 'kebocoran' elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.

Beliau mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.

"Jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.

"Untuk lebih selamat, lucutkan plug pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran," katanya. - BERNAMA

Sumber --> Baca Keratan Akhbar



--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami menyediakan perkhidmatan  wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.

hubungi : En Izwan (013-265 6000)




6 comments:

  1. Terima kasih En. Izwan atas perkhidmatan pemeriksaan pendawaian elektrik dirumah saya .. perkhidmatan yang sangat memuaskan hati dan hadir tepat pada masa temujanji yang dibuat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih juga kpd tuan/puan kerana telah memberikan kepercayaan kepada IBF Tenaga Resources. Kami akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.😊

    ReplyDelete
  3. Terima kasih juga kpd tuan/puan kerana telah memberikan kepercayaan kepada IBF Tenaga Resources. Kami akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.😊

    ReplyDelete
  4. Salam. Ada tak perkhidmatan yg sama di johor bahru?

    ReplyDelete