Sejumlah kes kematian akibat renjatan elektrik alat pemanas air telah dilaporkan di Malaysia dan negara luar sejak beberapa tahun ini.
Anda perlu beri perhatian dan selenggara secara berkala water heater bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dari berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada water heater boleh mengakibatkan renjatan dan kematian.
Berikut saya berikan beberapa tips keselamatan berkaitan water heater ini.
1. Pastikan ada label SIRIM
Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus. Pihak SIRIM juga ada menekankan kepentingan label mereka pada barangan elektrik.
2. Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang water heater anda sendiri.
Adalah penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
3. Gantikan Water Heater yang lapuk
Jika anda memiliki water heater jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana water heater jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.
Model keluaran baru bagi water heater memiliki ciri keselamatan terkini seperti residual current device (RCD) yang memainkan peranan penting dalam mengesan kebocoran arus dan menghentikan pengaliran arus elektrik jika berlaku kebocoron dengan serta-merta.
4. Selenggara Water Heater secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa water heater juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Adalah penting untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air. Jika terdapat kerosakkan, pastikan ia diganti dengan alat ganti yang tulen dan memiliki label SIRIM.
Elakkan daripada mencuba untuk membaiki water heater dengan sendiri dirumah. Khidmat selenggara dari pakar adalah dijamin lebih selamat.
Baiklah setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya - IZWAN 013-265 6000.
-----------------------------------------------------------------------------
Kami menyediakan perkhidmatan wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.
Hubungi : En Izwan (013-265 6000)
No comments:
Post a Comment