CALL US : 013-265 6000 (EN IZWAN)

Breaking

Monday, September 24, 2018

1:58 AM

RUMAH ANDA SELALU TRIP ATAU TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK BILA KILAT ATAU PETIR MENYAMBAR??

Adakah rumah tuan/puan semua selalu trip atau terputus bekalan elektrik apabila kilat atau petir menyambar semasa hujan?

Jika ya, mohon untuk baca penjelasan selanjutnya dibawah. Tapi sebelum itu saya akan terangkan terlebih dahulu berkenaan ELCB (EARTH LEAKAGE CIRCUIT BREAKER).

Apakah Fungsi ELCB?? :-

1) Akan automatik jatuh atau trip bila berlakunya beban lampau (overload).
2) Litar pintas antara "LIVE" dengan EARTH"

Jadi sekiranya rumah anda selalu berlaku trip atau terputus bekalan elektrik semasa kilat/guruh berdentum semasa hujan itu maksudnya sistem pembumian rumah anda telah rosak ataupun rintangannya terlalu tinggi.

Apa Cara penyelesaian??

Buat sistem pembumian semula yang lebih elok untuk mengatasi masalah trip atau terputus bekalan elektrik yang kerap berlaku. 

Macam mana pula hendak check sama ada ELCB dirumah kita tu masih berfungsi dengan baik??

Baik sekarang saya akan ajar anda macam mana hendak periksa sendiri  ELCB dirumah. Caranya adalah dengan menekan button test seperti gambar yang bertanda kuning dibawah ini:- 


Apabila anda tekan button test ini, bekalan elektrik akan terputus dan suis ELCB yang berwarna biru akan automatik turun kebawah/OFF. Kemudian untuk hidupkan semula bekalan elektrik, anda hanya perlu naikkan semula Suis ELCB seperti sebelum anda tekan.

Selain itu, pada  ELCB itu juga terdapat perkataan PUSH MONTHLY dimana kita seharusnya perlu periksa sama ada ELCB tersebut berfungsi atau tidak pada setiap bulan. Jika hendak lebih selamat, boleh hubungi pihak kami untuk servis DB sebagai langkah-langkah keselamatan dan elak dari kemalangan atau kebakaran.

Baiklah setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya - IZWAN 013-265 6000.
-----------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.


Hubungi : En Izwan (013-265 6000)






Monday, September 3, 2018

12:47 AM

Pemeriksaan wajib pendawaian elektrik setiap 10 tahun - Bharian (28 November 2017)


PETALING JAYA: Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.

Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

"Sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku," katanya pada perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics di sini, pada Isnin.

Peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya membabitkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee, berkata kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik.

Chew berkata, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan 'charger' telefon amat membimbangkan dan kerana mudah berlaku 'kebocoran' elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.

Beliau mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.

"Jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.

"Untuk lebih selamat, lucutkan plug pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran," katanya. - BERNAMA

Sumber --> Baca Keratan Akhbar



--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami menyediakan perkhidmatan  wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.

hubungi : En Izwan (013-265 6000)




Sunday, September 2, 2018

11:34 PM

3 Punca Utama Wiring Rumah Mudah Terbakar !!

Sila ambil perhatian dengan 3 punca utama Wiring Rumah Mudah Terbakar  di bawah : 

1) OVER LOAD atau BEBAN LEBIH

Beban lebih ini berpunca dari kegunaan yg berlebih-lebihan. Contohnya dalam satu-satu masa, elakkan kegunaan  water heater dan rice cooker dalam masa yang sama yang menggunakan plug point atau litar yg sama. Ini akan menyebabkan over-heating akan berlaku pada kabel.


Berikut antara peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi di rumah.
Elakkan penggunaan senarai peralatan elektrik di bawah pada litar yang sama  dan di dalam satu masa yg sama:
1) Peti Sejuk
2) Mesin Basuh
3) Aircond
4) Seterika
5) Water heater
6) Pembakar roti
7) Oven
8) Rice Cooker
9) Electric Jug kettle
10) Induction cooker

2) SIZE KABEL TERLALU KECIL

Kabel terlalu kecil dari saiz standard yg dibenarkan. Kebiasaanya penggunaan bagi litar yang menggunakan beban yang tinggi perlulah menggunakan saiz kabel yang sesuai dengan kegunaanya.
Jika anda ingin membuat pendawaian elektrik atau hendak beli plug extension di kedai, mohon untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu atas penggunaan beban apa yg nak digunakan.

3) KABEL BUKAN COPPER DAN MUDAH REPUT ATAU LEBIH SENANG FAHAM (KABEL MURAH)
janganlah disebabkan hendak berjimat untuk beli extension dengan membeli jenis yang murah anda abaikan keselamatan sekeluarga.Ditambah lagi extension yang dibeli itu lagi anda buat double extend sampai overload 😨😨😨
kononnya hendak maksimumkan penggunaan..😖😖  Bahaya-bahaya.. Benda semacam ini yang selalunya jadi kes rumah terbakar.
Ok, kat bawah ni ada contoh gambar yg anda JANGAN TIRU dan tengok sendiri akibat yg berlaku sekiranya masih buat.





--------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan  wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.

hubungi : En Izwan (013-265 6000)