CALL US : 013-265 6000 (EN IZWAN)

Breaking

Thursday, February 21, 2019

7:43 PM

Perkhidmatan Wiring rumah baru dan wiring rumah lama sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya, Bandar Seri Putera, Bukit Makhota, Bandar Puteri Bangi, Bangi Avenue, Kajang, Dengkil, Puchong, Cheras, Putrajaya, pantai dalam, kuala lumpur, shah alam

Tidak perlu susah hati dan pening untuk fikir tentang wiring rumah baru atau rumah lama yang anda hendak pindah masuk.. Kami sedia membantu.

Jika hendak berpindah masuk ke rumah yang pernah dihuni orang lain sebelum ni pasti akan wujud masalah2 seperti ini:-

  • Casing lampu ada tetapi lampu (florescent tube) tiada.. 😫
  • Lampu tidak menyala atau susah menyala
  • Kipas rosak dan tidak boleh berpusing , tercabut atau hilang
  • Plug Outlet 3A power socket tidak berfungsi atau hilang
  • Switch lampu rosak atau hilang
  • Aircond rosak dan tidak berfungsi
  • Distribution board (DB) / kotak agihan rosak atau model yang tidak ikut Spesifikasi/ model lama
  • Aksesori dalam DB rosak atau hilang
  • Regulator kipas rosak atau hilang
  • dan berbagai lagi masalah yang wujud....


Tidak perlu susah hati. Kami dapat membantu anda..


Kami IBF Tenaga Resources memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai yang dilulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan berpengalaman dalam kerja-kerja sebagai  chargeman serta mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang elektrik.


TROUBLESHOOTING (Mengenal pasti kerosakan)

  1. Troubleshoot Distribution board (DB) / kotak agihan
  2. Troubleshoot wiring lampu
  3. Troubleshoot wiring power socket 13A
  4. Troubleshoot wiring kipas
  5. Troubleshoot wiring water heater
  6. Troubleshoot wiring aircond
  7. Troubleshoot wiring autogate


WIRING (Pendawaian)

  1. membuat wiring baru (Re-wiring)
  2. Menukar baru wiring sedia ada (renovation)
  3. Wiring kipas, lampu, aircond, water heater, power socket, autogate, dll


INSTALLATION (Pemasangan)

  1. Install DB dan aksesori di dalamnya
  2. Install lampu, kipas, aircond, power socket 13A, water heater,  switch lamp,dll


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa kami??

*Memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai yang dilulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan berpengalaman dalam kerja-kerja sebagai  chargeman.

** Mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang elektrik


** Hasil kerja yang berkualiti dan boleh memberi harga yang berpatutan mengikut spesifikasi yang dibenarkan


** Hanya menggunakan barang yang disahkan oleh pihak SIRIM.



Hubungi : En. Izwan : 013 - 265 6000


Monday, September 24, 2018

1:58 AM

RUMAH ANDA SELALU TRIP ATAU TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK BILA KILAT ATAU PETIR MENYAMBAR??

Adakah rumah tuan/puan semua selalu trip atau terputus bekalan elektrik apabila kilat atau petir menyambar semasa hujan?

Jika ya, mohon untuk baca penjelasan selanjutnya dibawah. Tapi sebelum itu saya akan terangkan terlebih dahulu berkenaan ELCB (EARTH LEAKAGE CIRCUIT BREAKER).

Apakah Fungsi ELCB?? :-

1) Akan automatik jatuh atau trip bila berlakunya beban lampau (overload).
2) Litar pintas antara "LIVE" dengan EARTH"

Jadi sekiranya rumah anda selalu berlaku trip atau terputus bekalan elektrik semasa kilat/guruh berdentum semasa hujan itu maksudnya sistem pembumian rumah anda telah rosak ataupun rintangannya terlalu tinggi.

Apa Cara penyelesaian??

Buat sistem pembumian semula yang lebih elok untuk mengatasi masalah trip atau terputus bekalan elektrik yang kerap berlaku. 

Macam mana pula hendak check sama ada ELCB dirumah kita tu masih berfungsi dengan baik??

Baik sekarang saya akan ajar anda macam mana hendak periksa sendiri  ELCB dirumah. Caranya adalah dengan menekan button test seperti gambar yang bertanda kuning dibawah ini:- 


Apabila anda tekan button test ini, bekalan elektrik akan terputus dan suis ELCB yang berwarna biru akan automatik turun kebawah/OFF. Kemudian untuk hidupkan semula bekalan elektrik, anda hanya perlu naikkan semula Suis ELCB seperti sebelum anda tekan.

Selain itu, pada  ELCB itu juga terdapat perkataan PUSH MONTHLY dimana kita seharusnya perlu periksa sama ada ELCB tersebut berfungsi atau tidak pada setiap bulan. Jika hendak lebih selamat, boleh hubungi pihak kami untuk servis DB sebagai langkah-langkah keselamatan dan elak dari kemalangan atau kebakaran.

Baiklah setakat ini sahaja tips untuk hari ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya - IZWAN 013-265 6000.
-----------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.


Hubungi : En Izwan (013-265 6000)






Monday, September 3, 2018

12:47 AM

Pemeriksaan wajib pendawaian elektrik setiap 10 tahun - Bharian (28 November 2017)


PETALING JAYA: Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.

Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

"Sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku," katanya pada perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics di sini, pada Isnin.

Peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya membabitkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee, berkata kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik.

Chew berkata, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan 'charger' telefon amat membimbangkan dan kerana mudah berlaku 'kebocoran' elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.

Beliau mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.

"Jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.

"Untuk lebih selamat, lucutkan plug pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran," katanya. - BERNAMA

Sumber --> Baca Keratan Akhbar



--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami menyediakan perkhidmatan  wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.

hubungi : En Izwan (013-265 6000)




Sunday, September 2, 2018

11:34 PM

3 Punca Utama Wiring Rumah Mudah Terbakar !!

Sila ambil perhatian dengan 3 punca utama Wiring Rumah Mudah Terbakar  di bawah : 

1) OVER LOAD atau BEBAN LEBIH

Beban lebih ini berpunca dari kegunaan yg berlebih-lebihan. Contohnya dalam satu-satu masa, elakkan kegunaan  water heater dan rice cooker dalam masa yang sama yang menggunakan plug point atau litar yg sama. Ini akan menyebabkan over-heating akan berlaku pada kabel.


Berikut antara peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi di rumah.
Elakkan penggunaan senarai peralatan elektrik di bawah pada litar yang sama  dan di dalam satu masa yg sama:
1) Peti Sejuk
2) Mesin Basuh
3) Aircond
4) Seterika
5) Water heater
6) Pembakar roti
7) Oven
8) Rice Cooker
9) Electric Jug kettle
10) Induction cooker

2) SIZE KABEL TERLALU KECIL

Kabel terlalu kecil dari saiz standard yg dibenarkan. Kebiasaanya penggunaan bagi litar yang menggunakan beban yang tinggi perlulah menggunakan saiz kabel yang sesuai dengan kegunaanya.
Jika anda ingin membuat pendawaian elektrik atau hendak beli plug extension di kedai, mohon untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu atas penggunaan beban apa yg nak digunakan.

3) KABEL BUKAN COPPER DAN MUDAH REPUT ATAU LEBIH SENANG FAHAM (KABEL MURAH)
janganlah disebabkan hendak berjimat untuk beli extension dengan membeli jenis yang murah anda abaikan keselamatan sekeluarga.Ditambah lagi extension yang dibeli itu lagi anda buat double extend sampai overload 😨😨😨
kononnya hendak maksimumkan penggunaan..😖😖  Bahaya-bahaya.. Benda semacam ini yang selalunya jadi kes rumah terbakar.
Ok, kat bawah ni ada contoh gambar yg anda JANGAN TIRU dan tengok sendiri akibat yg berlaku sekiranya masih buat.





--------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan  wiring elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi, bandar seri putra, bukit makhota, bandar puteri bangi, bangi avenue, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar dan kawasan sekitarnya.

hubungi : En Izwan (013-265 6000)



Monday, August 20, 2018

10:24 PM

Wiring servis Kajang, Bangi, Putrajaya, Bandar Seri Putera, Bukit Makhota, Bandar Puteri Bangi, Bangi Avenue, Kajang, Dengkil, Puchong, Cheras, Putrajaya, pantai dalam, kuala lumpur


Kami menyediakan perkhidmatan elektrik bagi kediaman, kedai dan pejabat sekitar bangi, kajang, bandar baru bangi,  Bukit Makhota, Bandar Puteri Bangi, Bangi Avenue, Dengkil, Puchong, Cheras, putrajaya, serdang, pantai dalam, bangsar, kuala lumpur dan kawasan sekitarnya.

Perkhidmatan kami adalah:-
Pendawaian litar baru
Pendawaian tambahan
Pemasangan peralatan elektrik seperti lampu, kipas, water heater dll
Pemeriksaan kerosakan pada sistem elektrik
Upgrade distribution box (DB)
dan lain-lain berkaitan elektrikal


Hubungi : En. Izwan : 013 - 265 6000

Friday, July 27, 2018

2:13 AM

Adakah anda tahu bahawa DB (Distribution Board/Papan Agihan) juga perlu diservis setiap 5 tahun sekali???

DB juga perlu diservis???

Setiap kali apabila saya utarakan soalan ini kepada client saya boleh kata semua tidak tahu kepentingan untuk membuat servis pada DB di rumah kita.

Sama seperti kereta yang kita sayang, pasti sekurang-kurangnya setahun sekali kita akan hantar ke bengkel untuk servis kan. Tetapi mengapa DB yang merupakan komponen utama elektrik bagi pengagihan kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi /penggunaan tidak dititik berat!


kenapa perlu servis DB?

  • Pengujian Earth leakage circuit breaker (ELCB) yang berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas sama ada masih berfungsi secara baik.
  • Pemeriksaan sekiranya terdapatnya kabel yang longgar.
  • Pemeriksaan fius sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di rumah.  Ini penting kerana sekiranya berlakunya overload pada litar, letupan/kebakaran dll boleh berlaku.  Kes ini terjadi apabila beban elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load/beban pada litar elektrik di rumah.

    Gambar kejadian kebakaran disebabkan kerosakkan pada DB di rumah client saya. Alhamdulillah mujur tiada kemalangan nyawa.
    • Periksa sama ada kabel masuk daripada incoming TNB mencukupi atau tidak. Mungkin terdapat beban lebih daripada pendawaian lama pada db yg membawa risiko terbakar.
    • Pemeriksaan Wiring dalam DB sama ada tidak mengikut spesifikasi - ini sering kali terjadi.  Saya boleh katakan ia berpunca dari kelalaian atau hasil kerja mereka yang tidak bertauliah dan tiada sijil kekompetenan yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga. Perkara ini sangat bahaya kerana boleh menjadi punca kebakaran rumah tanpa amaran.



    Harga bagi perkhidmatan servis DB hanya RM80.00 bagi kawasan sekitar bangi/kajang/putrajaya.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya seperti nombor dibawah.

    En. Izwan : 013 - 265 6000 

    atau 

    017-531 0966 (WhatsApp)